Sakitnya patah kaki itu bukan di kaki

 Kalau terlepas keretapi dan tak tahu bilanya kaki aku patah, boleh baca entry yg ini >>> http://ceriterajuwita.blogspot.com/2015/02/weekender-extreme-outdoor.html



Yup, kaki ku bersimen. But the worse thing is...?


Ok. Kaki ku patah di dalam gua Tempurung. Sakit? Ya. Sejurus selepas kaki ku mendarat di lantai gua, serentak aku menjerit "ADOIIII" Tidak pasti pula kuat mana aku jerit, tapi berdasarkan pengalaman kalau aku jerit di rumah, memang kuat. Hahaha! Sebaik sahaja kaki mengenai lantai dengan satu pendaratan yang kasar dan berat (ya lah, aku tak ready nak landing pun. Menggelungsur je badan aku tak de break tak de slow down. Tau-tau dah free fall dan bedebukk, sampai lantai) aku terasa hentaman di tapak kaki kiri ku dan tapak kaki kiri ku rasa macam sakit ya amat. Kaki macam hilang deria kejap. Terasa panas. Aku tak boleh gerakkan langsung kaki kiri ku. Aku cakap, "i cannot move my leg. I cannot move my leg" beberapa kali. Seluruh kaki kiri terasa panas, sakit nya tak dapat aku gambarkan bagaimana dan yang pasti, kaki itu gagal aku gerakkan.

Dah lama sikit, deria di kaki datang kembali, aku bergerak ke tepi sikit, bagi peluang orang lain turun dulu sambil aku rehat di tepi. Aku cuba buka kasut, buka setokin. Semua kata ni salah urat. Memang nampak urat aku dah timbul. Mereka suruh gerakkan jari. Boleh. Mereka suruh cuba lawan. Aku tak boleh. Aku tanya patah ke? Takk. Mereka cakap kalau patah dah tak boleh gerak dah. Dalam hati aku fikir, lepas jatuh tadi aku tak leh gerak jugak. "Kejutan ni." "Urat kejang. Otot in shock." "Lama-lama dia ok. Kena selalu gerakkan." Kata mereka.  

Lama agaknya kami di situ, akhirnya setelah disapu minyak panas dan urutan lembut, mereka suruh aku try pakai setokin balik dan sarung kasut longgar-longgar. Lepas ni banyak dalam air, kata mereka. Kaki tu terendam dalam air akan lega, kata mereka lagi. Aku ikutkan sahaja. Memang kaki ku terasa panas. Memang sedap bila kaki itu terendam dalam air gua yang sejuk. Aku berjalan sambil terhenjut-henjut. Rasa lebih selesa apabila merangkak dan meniarap. 



Begitulah kejadiannya yang menyebabkan kaki kiriku bersimen. Di dalam gua Tempurung sejarah tercipta. Hahaha!


Dari kem Radak sampai lah ke rumah aku fikir yang best best aja. Wahh...Bagus ni. A week off from house chore! Yay bed rest! Yay dapat rehat! Tapi bila esoknya, melihatkan bengkak kaki ku macam belon besarnya, dengan sakitnya berdenyut denyut, tambah pula dengan blue black mark kat tapak kaki, adikku dah suspek patah. Mama suruh ke klinik maka malam esoknya terus aku ke klinik. Dan lusanya, setelah dapat gambar X-ray dari klinik beserta surat reference doktor, maka lokasi aku hari itu adalah ruang separa kritikal di Hospital Ampuan Rahimah Klang. Jam 1.30, kaki ku selamat di salut simen (POP). 


Jadi nya, best ke bed rest/ bedridden/ home bound ni? 

Jujurnya, 1st day, aku INGATKAN ia best. Tapi sebenarnya ia tak best langsung. The next 3 days, i struggled. Sebab?

Sebab semua benda dah tak boleh buat macam biasa. Bayangkan, kau tiba-tiba rasa nak minum air, tapi sekarang kau tak boleh pergi dapur untuk minum. Kau frust okeh. Kau akan rasa frust. Kau tak boleh mandi macam biasa walaupun kau dah rasa berlengas berpeluh masam nak shower sangat-sangat, kau tak boleh ke dapur minum air walau pun kau rasa nak minum sangat, kau tak boleh naik tingkat atas ambil baju towel apa semua sebab tangga tu sangat menyiksakan, kau tak boleh berkemas walaupun hati kau sakit tengok rumah kau bersepah, kau tak boleh kemas meja makan walaupun kau sakit hati tengok cawan bertingkat-tingkat atas tu, kau tak boleh sapu sampah walaupun kau nampak clear habuk depan mata kau, kau tak boleh terus ambil kapas dan lap mata kucing kau walaupun kau tak tahan tengok kucing kau comot, dan paling sadis, kau tak boleh tidur mengiring walaupun kau dah sakit pinggang ya amat dan backpain kau mencucuk-cucuk pula kat belakang badan kau dan kaki kau pun dah lenguh. 

Faham tak perasaan tu? Faham tak?Perasaan geram, frustrated, hampa, kecewa, marah, geram, semua ada. 

Dan kau bukan jenis suka mengarah tapi sebabkan kau tak boleh buat semua benda sendiri, kau terpaksa minta tolong orang buatkan. Bila asyik suruh orang buat itu ini, kau dah macam mengarah-ngarah. Dan kau akan frust sekali lagi sebab apa yang orang buat untuk kau tu, tak mencapai standard yang kau nak. 

Bila kau buat sendiri sebahagian benda, kau akan rasa penat ya amat. Sebab kau guna sebelah kaki. Jadi kaki kanan menggigil-gigil nak balance badan dan nak tahan beban satu badan. Mandi pun siksa. Mandi sambil imbang badan sambil pastikan  sebelah lagi kaki tak kena air langsung. Kau ghase???

Kalau kau susah nak faham sangat, cuba kau balut sebelah kaki kau, dan untuk 5 minit, aku tak suruh lama, 5 minit je, kau cuba bergerak dalam rumah sambil buat kerja sikit-sikit. Dengan syarat, jangan sekali-kali jejak kaki yang kau balut tu. Cer tengok mengah tak mengah. Tengok kau berpeluh berapa baldi. 

Jadi kau frust lagi. Lama-lama kau akan datang amarah. Anger. Sebab kau kecewa. 

Tapi tu semua adalah fasa 3 hari pertama. Orang kata, fasa menyesuaikan diri. Belajar untuk sesuaikan diri dengan fizikal baru dan untuk utilize dengan apa yang ada. Bila husband belikan crutches, hidup aku bertambah mudah 50%. Aku dah boleh ke dapur, dan boleh bergerak dalam rumah tanpa main teng teng atau jadi Ju On. Kurang sikit penat. Dan makin lama, kaki kanan aku mungkin makin kuat dan aku makin pandai imbang badan, jadi aku dah tak begitu sengsara bergerak dan membuat kerja rumah sambil 'pistol squad'. Aku dah boleh anggap itu satu workout. Senaman harian; pistol squad. Bagus utk peha dan punggung. Masalahnya sebelah punggung dan peha je la yang kental nanti. Sebelah lagi lembik sebab tak guna sebulan. Hahahaha! 


Kesimpulannya, sengsaranya patah tulang dan kaki bersimen ini bagi aku lebih kepada mental dan emosi serta ketahanan fizikal secara keseluruhan. Bukan lah tak sakit tempat yang patah tu. Kalau waktu malam memang terasa ngilu dan menyeri rasanya kat area patah tu. Dan kawasan yang bersimen itu pun sakit juga kadang kala, especially di sepanjang tepi tapak kaki dan kawasan pergelangan kaki. Mungkin sebab sendi itu dah lama tak bergerak dalam simen itu, jadi dia jadi lenguh dan sakit. Kawasan yang patah tu, ada ketikanya berdenyut-denyut, terutama kala aku berdiri dan darah turun ke kaki. Memang terasa kaki mengembang dan sakit. 

Namun yang paling sengsara adalah hakikat ditarik sebentar nikmat berjalan itu sendiri. Jadi jika anda sihat wal afiat, ada 2 kaki yang boleh bergerak dengan sempurna, gunakan lah sehabis baik. Keluarlah berjalan, jogging di taman, main basikal, main roller blade, skateboard, snowboard, pergi hiking, climbing, running, swimming, bergeraklah!!! Kerana itu adalah nikmat dan kelebihan yang sedia diberi padamu yang kamu sia-siakan begitu sahaja jika kamu menghabiskan usiamu berbaring malas di atas katil dan  bermain COC dan FIFA15. 

Berjalanlah. Merantaulah. Sebelum anda tidak mampu berbuat begitu lagi. 


N. Hida
Klang, Malaysia

"with every broken bones..." 



Enjoy the massive amount of picture....

wahh sihat walafiat lagi kaki ku pada malam sebelum bertolak. Sempat berposing dengan kasut baru.


perjalanan ke Gopeng yang menarik dan penuh keterujaan


sudah mulai bengkak


belum begitu ketara lagi. Tapi sakitnya menyeri


odw balik. berdenyut-denyut rasanya. Makin menggemuk kakiku


dah jadi HORROR giler! Besarnya!!!


akhirnya di simen. Half slab dahulu sementara menunggu bengkak surut.


full slab POP. bersih suci murni


hasil karya pertama dari Juwita. "YouTube"???


letak sesuatu yang lebih bermakna. 


kiriman mama dari kampung. Was belong to my arwah uwan. can't believe i am the one who use it next. Insaf kejap. Kejap je


husband bought me this. Crutches yang super best. Boleh breakdance lagi pakai ni muahahhaha!!!




Comments

Unknown said…
It is a good experience kan? Segala gala yang terjadi..cuma will give you a better perspective on life.
Unknown said…
Segala yang terjadi will make you a stronger person.

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne